Thursday, August 13, 2009

Menjana Wang di Internet, Boleh ke?

Salam,

Saya pasti setiap dari kita sentiasa memikirkan bagaimana caranya menjana pendapatan dari internet. Dan saya terpanggil untuk menulis kerana memikirkan betapa rakyat Malaysia kini begitu terdedah dengan penipuan-penipuan secara online dek kerana keghairahan mencari pendapatan lebih melalui internet. Di sini saya cuba terangkan secara ringkas bagaimana internet sememangnya mampu menjana pendapatan untuk sesiapa saja yang berminat. Dan bagaimana anda boleh tertipu dalam usaha anda mendapatkan pendapatan lebih secara online.

Pertama sekali, perlu diingat bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya! tapi perlu juga diingat bahawa perkara akan menjadi semakin mudah apabila kita terus berusaha! Secara asasnya, menjana wang di internet boleh dilakukan melalui online marketing, menyertai legal investment scheme, jualan soft items dan jualan hard items selain menipu yang mempunyai seribu satu lagi kaedah untuk dilakukan.

Saya mulakan dengan cara menipu, kaedah paling mudah untuk menjana pendapatan di internet. Jika anda tidak berminat sekalipun dengan kaedah ini, anda perlu tahu mengenainya supaya anda sendiri tidak terjerat oleh mereka yang mengamalkannya. Paling basic ialah menjual sesuatu yang tidah wujud, promote barang anda, dapat bayaran dan hilangkan diri. Jarang sekali penipuan sebegini akan tertangkap atau rugi. Kerana sebagaimana di alam nyata, mangsa secara majoritinya malu untuk bertindak dan menunjukkan kebodohannya ditipu. Jadi moral of the story, pastikan anda tidak tertipu oleh golongan penipu ini dengan memastikan anda membeli secara online dengan penjual sejati dengan meneliti latar belakang dan track recordnye.

Satu cara lebih popular menipu di internet ialah 'ponzy', investment yang menjanjikan pulangan tak masuk akal tak kiralah bertopengkan saham, forex, commodity, mahupun penternakan kambing, saham emas atau apa saja pelaburan yang menjanjikan faedah yang melampau! Ingat, jika ia betul2 memberikan pulangan sedahsyat itu. lebih baik si penipu itu gunakan duit sendiri untuk dilaburkan... kan? Jadi, setiap kali mendapat peluang investment, cuba fikirkan kemungkinan ini :- Wang pelaburan anda dikumpulkan, dipulangkan dengan peratusan yang tinggi dalam jangkamasa singkat supaya lebih ramai berminat apabila pelabur awal untung besar. Mereka juga mendapat untung dan pada masa yang sama semakin ramai sertai skim itu. Wang terkumpul semakin banyak kerana kadar wang keluar tidak serancak wang masuk oleh pelabur2 baru. Sampai satu ketika apabila si penipu sudah cukup teruja, dia mengaut semua wang terkumpul tadi! Mungkin anda tergolong dalam 10 ribu pelabur yang untung, tapi mungkin juga anda adalah salah seorang dari jutaan lagi pelabut lambat yang x sempat untung.. hihi..!ika anda untung sekalipun, ia bukan hasil dagangan. Halal atau haram, lu fikir la sendiri!

Cara kedua menjana wang di internet ialah dengan menjual barangan soft items atau hard items. Saya pasti anda semua arif dalam menjual any single hard/soft item, kan? Tetapi adakan anda mampu menjual dengan banyak? secara konsisten? kemahiran itu tidak ramai yang ada! Jadi kalau anda memilih untuk menguasai kaedah ini sebagaimana yang saya lakukan dalam blog ini, anda perlu mulakan dengan memilih apa item yang anda mudah dan murah dapati tetapi susah dan mahal oleh orang lain. Pastikan juga ianya memang boleh 'jual' di internet! Sebab tidak semua barang boleh 'jual' secara online. As for myself, siapa sangka mesin basuh terpakai boleh 'jual' di internet???

Satu lagi cara menarik yang boleh anda buat tanpa modal besar ialah internet marketing. Promosikan produk orang lain dan dapatkan komisyennya. Anda boleh cari sendiri produk yang anda nak promote, atau paling mudah ialah dengan menggunakan Google AdSense. Anda nampak iklan2 google bersepah di laman2 web? itu semua menghasilkan wang. Peniaga2 membayar kepada Google AdWord supaya iklan2 ini disiarkan di laman2/blog2 berkaitan dan sebahagiannya dibayar oleh Google kepada pemilik laman/blog jika ada pengunjung yang klik iklan2 itu. Jika anda mampu memiliki laman atau blog yang ramai pengunjungnya, kaedah ini mampu menjana banyak wang! Percaya atau tidak, anda boleh mendapat dari serendah 1 sen hingga berdolar2 untuk setiap klik bergantung kepada populariti laman/blog anda. Dan bergantung kepada kemahiran anda meletakkan posisi Google AdSense anda, anda boleh mendapat 1 klik dari setiap 30, 20 mahupun 10 pengunjung anda. Bayangkan jika anda memiliki 100 pengunjung sehari yang menghasilkan 10 klik bernilai 10 sen US setiap satu. Itu saja dah menjana lebih RM 1 sehari ataupun lebih kurang RM100 sebulan. Jika anda mampu menarik lebih ramai pengunjung, mungkin anda mampu menjadikannya sumber pendapatan tetap suatu hari nanti.. kan? Jika anda menghargai artikel ini dan mendapat sesuatu darinya, anda boleh menekan mana2 iklan di blog saya ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha saya ini. Terima kasih ;-)

No comments:

Custom Search